FIRST LOVE..

8:55 PM Edit This 1 Comment »
Setiap kali terbaca cerita cinta di mana-mana majalah sekalipun, hati pasti terdetik?hebatnya kuasa cinta. Gahnya penangan cinta. Jika orang sudah mabuk dilamun cinta, segalanya sanggup dilakukan meskipun kehilangan harta benda. Kata orang, cinta itu buta, ia tak mengenal darjat, pangkat, mahupun usia.

Berbicara tentang cinta pasti buat orang lain senyum sampai ke telinga, meskipun ada yang mencebik rasa tak suka. Entahlah, pelbagai persepsi orang mengenai cinta. Ada yang kata, cinta itu membahagiakan. Tak kurang pula yang berkata, cinta itu menyakitkan.

Pandangan aku??Cinta itu unik dan sejati. Ia membahagiakan walaupun adakalanya melukakan. Cinta sukar ditafsirkan maksud sebenarnya. Bila sekali dilamun cinta?hati riang gembira. Cinta itu garisan jiwa.? Cinta?satu perkataan keramat aku rasa. Jikalau tidak, takkan ada hadis nabi yang berbunyi: ?Tidak beriman seseorang itu sehingga dia menyintai saudaranya lebih daripada menyintai dirinya sendiri.?

Kata orang, CINTA PERTAMA sukar dilupakan. Cinta pertama???

1. berparut sepanjang hidup kalau ianya mengalami kebuntuan dan kegagalan
2. akan mencorakkan cinta yang lain-lainnya
3. bakal merubah hidup seseorang dan mempengaruhi cara pembawaannya
4. bisa buat seseorang putus asa mencari cinta yang lain atau menjadi pendorong untuk terus mengorak langkah ke hadapan
5. biasanya mendefinisikan hidup sebagai satu misteri yang hebat
6. membuka mata setiap insan mengenai maksud hakiki sesebuah percintaan, hati, dan perasaan
7. mengajar bahawa betapa peritnya dilukai dan sukarnya berkongsi
8. itulah segala-galanya

kerana CINTA PERTAMA adalah langkah permulaan menuju destinasi sesebuah kehidupan. .

korang cmne? Kisah CINTA PERTAMA korang membahagiakan? Atau barangkali menjengkelkan. Mungkin barangkali menyakitkan. Sebenarnya bukan semua kisah CINTA PERTAMA itu menemui jalan buntu tetapi ada juga yang berakhir dengan perkahwinan..

Apa yang penting, hati yang tulus, perbuatan yang ikhlas, diri yang setia, pasti menjamin kebahagiaan sesebuah cinta itu. Sulamilah kisah cinta korang dengan perkara-perkara yang baik dan sentiasa beringat akan batas-batasnya. InsyaAllah, korang pasti mengecapi erti cinta yang sebenar. Dan aku berharap moga kisah CINTA PERTAMA aku juga berakhir dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Kerana setiap orang harus ada satu kisah cinta sahaja sepanjang hidupnya. Yang pertama itulah seharusnya yang terakhir. Kenapa? Tak percaya?

1 comments:

un said...

kisah aku seperti orang² lain.
ada suka, ada duka.
tetapi aku suka dengan hidup aku..
kerana suka atau duka.
inilah kehidupan..:)